Skip to main content

Pejuang Irama Malaysia Sejati meninggal dunia



KUALA LUMPUR: Pemergian komposer yang terkenal dengan lagu Irama Malaysia, Datuk Suhaimi Mohd Zain atau lebih mesra disapa Pak Ngah, 60, disifatkan anak didiknya sebagai kehilangan besar buat industri muzik, khususnya muzik tradisional.

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza, mengakui cukup terkesan dengan berita duka itu kerana jasa dicurahkan Allahyarham cukup besar, terutama dalam memperjuang dan memartabatkan seni serta budaya.

“Pak Ngah yang Siti kenali adalah seorang pejuang seni dan budaya, justeru pemergiannya satu kehilangan besar buat industri terbabit.

“Allahyarham antara insan yang mula-mula menjaga Siti dalam menyanyikan lagu berirama tradisional. Malah, Siti sudah menganggap beliau seperti bapa sendiri.

“Beliau banyak menghasilkan lagu terbaik dan harapan Siti semoga karyanya akan terus hidup meskipun dirinya sudah tiada. Segala kenangan manis, gurau sendanya akan Siti simpan dalam lipatan kenangan sampai bila-bila,” katanya kepada BH Online.

Turut bersedih atas kehilangan tokoh muzik terbabit ialah penyanyi yang mendapat jolokan Ratu Irama Tradisional, Noraniza Idris.

Menurut Noraniza atau lebih akrab disapa Kak Ani, sepanjang mengenali Allahyarham, dia melihat Pak Ngah sebagai seorang yang kuat semangat, penggerak utama dalam memartabatkan irama Malaysia, mentor dan idola buat dirinya.

“Pak Ngah meninggalkan kita sebagai pejuang negara yang mempertahankan irama Malaysia, sebuah lambang jati diri kepada rakyat. Kita patut bangga dengan jasa yang dicurahkan, bukan hanya sebagai pencetus kepada irama terbabit.

“Allahyarham juga adalah wira negara yang pernah mengharumkan nama Malaysia dalam bidang muzik di luar negara.

“Kita kehilangan permata negara yang sangat besar ertinya dalam hidup dan seni budaya kita,” katanya dalam nada sebak.

Sementara itu, penyanyi, Shiha Zikir, menerusi perkongsiannya di akaun Instagram meluahkan rasa ralat kerana hajat untuk bekerjasama dengan komposer prolifik itu tidak kesampaian.

“Nampaknya, hajat Shiha nak buat lagu dengan Pak Ngah tidak kesampaian walaupun kami pernah berbincang mengenai perkara ini di WhatsApp, beberapa bulan lalu.

“Segala ilmu yang Pak Ngah kongsi, nasihat dan budi baiknya akan sentiasa Shiha kenang sampai bila-bila,” tulis penyanyi itu.

Komposer yang menghasilkan banyak lagu popular itu meninggal dunia di Batam, Indonesia, pada jam 3.02 petang tadi. Berita berkenaan disahkan Noraniza yang mendapat perkhabaran duka mengenai pemergian Pak Ngah menerusi anak komposer itu, Megat.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Megat memaklumkan arwah bapanya akan dibawa pulang ke ibu kota dari Tanjung Pinang, jam 8 pagi esok.

“Jenazah akan dibawa menaiki bot khas ke Pasir Gudang, Johor, seterusnya ke Masjid Kampung Baru untuk disembahyangkan,” katanya


Comments

Popular posts from this blog

‘Sayuran & Ikan Kering Diawet Punca Kanser Hidung’ – Doktor

Ketika ini kita difahamkan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei sedang menjalani rawatan di Taiwan. Menurut Badminton Association of Malaysia (BAM), lagenda badminton negara itu disahkan menghidap kanser hidung peringkat awal. Sebuah perkongsian mengenai kanser hidung oleh Dr. Mohd Shaiful Nizam dilaman Twitter telah mendapat sebanyak 3ribu retweet. Mungkin ilmu ini boleh dimanfaatkan bersama dalam mengetahui punca dan impak buat kesihatan kita.  Kerap dihadapi kaum Cina  Pemakanan yang diawet Pembedahan jarang diperlukan Sumber: Dr Shaiful

GEMPAR !! Amaran Tsunami di Indonesia.

Pihak berkuasa Indonesia pada Jumaat mengeluarkan amaran Tsunami susulan kejadian gempa bumi kuat yang menggegarkan Kepulauan Sulawesi sebentar tadi. Menurut Pusat Tinjauan Geologikal Amerika Syarikat, gempa berkenaan direkod berkekuatan 7.5 magnitud berkedalaman 10 kilometer dengan pusat gempa berada di 56 kilometer Timur Laut bandar Donggola, Sulawesi Tengah. Media antarabangsa melaporkan bahawa gempa terbabit merupakan gempa kedua yang menggegarkan pulau berkenaan hari ini. Gempa pertama awal pagi Jumaat berkekuatan 6.1 telah meragut sekurang-kurangnya 1 nyawa, manakala 10 orang lagi dilaporkan cedera serta menyebabkan kerosakkan harta benda. Berita lanjut menyusul… Sumber : CBS News