Skip to main content

Bunuh ibu kandung sendiri. Humban dalam kolam najis.



MISTERI kehilangan seorang wanita sejak 19 September lalu terjawab selepas mayatnya ditemui di dalam tangki najis belakang rumahnya di Sungai Burung, Balik Pulau, hari ini.

Mangsa Faridah Mat Hashim, 63, dipercayai dibunuh anak kandungnya pada Rabu lalu sebelum mayat wanita malang berkenaan disembunyikan di dalam tangki najis rumah mereka.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan A A Anbalagan berkata, mayat mangsa yang tenggelam di dalam tangki sedalam 1.2 meter itu ditemui menantunya pada 2 petang sebelum menghubungi polis.

“Polis dengan bantuan pihak bomba berjaya mengeluarkan mayat mangsa dan mengesan satu kesan kelar di bahagian hadapan lehernya, selain turut menemui pisau di dalam tangki itu.

“Siasatan awal polis percaya mangsa dibunuh anak lelakinya berusia 29 tahun selepas dia kini didapati menghilangkan diri sejak kehilangan ibunya.

“Satu laporan polis dibuat pada Jumaat lalu memaklumkan kehilangan mangsa sebelum mayatnya ditemui hari ini,” katanya.

Menurutnya, suspek kini diburu polis dan dia turut mempunyai rekod jenayah membabitkan kes mencederakan saudaranya sendiri.

Katanya, rumah itu didiami suspek bersama ibunya dan seorang adik perempuannya.

“Adik suspek memberitahu polis bahawa dia ada melihat ibunya menunaikan solat Subuh pada pagi 19 September itu sebelum hilang sejak itu sehingga mayatnya ditemui, hari ini.

“Suspek dipercayai suka berkhayal dengan menghidu petrol. Lelaki itu kini diburu polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya

Sumber metro

Comments

Popular posts from this blog

‘Sayuran & Ikan Kering Diawet Punca Kanser Hidung’ – Doktor

Ketika ini kita difahamkan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei sedang menjalani rawatan di Taiwan. Menurut Badminton Association of Malaysia (BAM), lagenda badminton negara itu disahkan menghidap kanser hidung peringkat awal. Sebuah perkongsian mengenai kanser hidung oleh Dr. Mohd Shaiful Nizam dilaman Twitter telah mendapat sebanyak 3ribu retweet. Mungkin ilmu ini boleh dimanfaatkan bersama dalam mengetahui punca dan impak buat kesihatan kita.  Kerap dihadapi kaum Cina  Pemakanan yang diawet Pembedahan jarang diperlukan Sumber: Dr Shaiful

Pejuang Irama Malaysia Sejati meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Pemergian komposer yang terkenal dengan lagu Irama Malaysia, Datuk Suhaimi Mohd Zain atau lebih mesra disapa Pak Ngah, 60, disifatkan anak didiknya sebagai kehilangan besar buat industri muzik, khususnya muzik tradisional. Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza, mengakui cukup terkesan dengan berita duka itu kerana jasa dicurahkan Allahyarham cukup besar, terutama dalam memperjuang dan memartabatkan seni serta budaya. “Pak Ngah yang Siti kenali adalah seorang pejuang seni dan budaya, justeru pemergiannya satu kehilangan besar buat industri terbabit. “Allahyarham antara insan yang mula-mula menjaga Siti dalam menyanyikan lagu berirama tradisional. Malah, Siti sudah menganggap beliau seperti bapa sendiri. “Beliau banyak menghasilkan lagu terbaik dan harapan Siti semoga karyanya akan terus hidup meskipun dirinya sudah tiada. Segala kenangan manis, gurau sendanya akan Siti simpan dalam lipatan kenangan sampai bila-bila,” katanya kepada BH Online. Turut ber...

Dato' Siti Kalahkan Avril Lavinge

Single baharu Datuk Seri Siti Nurhaliza, Anta Permana, yang dilancarkan di iTunes, tengah malam tadi, berjaya mengetepikan lagu Head Above Water nyanyian Avril Lavigne hanya dalam tempoh sejam untuk menguasai carta nombor satu jualan tertinggi di negara ini menerusi platform digital itu. Siti berkata, lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong yang turut menjadi sohor kini itu diharap terus mampu melangkaui sempadan dengan diterima semua pendengar di serata pelosok tempat. "Saya bersyukur dan berterima kasih kepada semua peminat yang melanggan lagu ini sejak tengah malam tadi, sekali gus menjadikan tanda pagar Anta Permana ‘trending’ di laman sosial. "Kebiasaannya, carta jualan lagu dalam keempat-empat medium, termasuk Spotify, KKBox dan Joox, sentiasa turun naik, malah karya baharu yang dilancarkan juga kerap mendapat langganan tinggi. "Siapalah saya jika hendak dibandingkan dengan Avril, tetapi saya yakin muzik itu bersifat sejagat dan akan bergerak sendiri tan...