Skip to main content

GEMPAR !! Amaran Tsunami di Indonesia.

Pihak berkuasa Indonesia pada Jumaat mengeluarkan amaran Tsunami susulan kejadian gempa bumi kuat yang menggegarkan Kepulauan Sulawesi sebentar tadi.

Menurut Pusat Tinjauan Geologikal Amerika Syarikat, gempa berkenaan direkod berkekuatan 7.5 magnitud berkedalaman 10 kilometer dengan pusat gempa berada di 56 kilometer Timur Laut bandar Donggola, Sulawesi Tengah.

Media antarabangsa melaporkan bahawa gempa terbabit merupakan gempa kedua yang menggegarkan pulau berkenaan hari ini.

Gempa pertama awal pagi Jumaat berkekuatan 6.1 telah meragut sekurang-kurangnya 1 nyawa, manakala 10 orang lagi dilaporkan cedera serta menyebabkan kerosakkan harta benda.

Berita lanjut menyusul…

Sumber : CBS News

Comments

Popular posts from this blog

‘Sayuran & Ikan Kering Diawet Punca Kanser Hidung’ – Doktor

Ketika ini kita difahamkan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei sedang menjalani rawatan di Taiwan. Menurut Badminton Association of Malaysia (BAM), lagenda badminton negara itu disahkan menghidap kanser hidung peringkat awal. Sebuah perkongsian mengenai kanser hidung oleh Dr. Mohd Shaiful Nizam dilaman Twitter telah mendapat sebanyak 3ribu retweet. Mungkin ilmu ini boleh dimanfaatkan bersama dalam mengetahui punca dan impak buat kesihatan kita.  Kerap dihadapi kaum Cina  Pemakanan yang diawet Pembedahan jarang diperlukan Sumber: Dr Shaiful

Pejuang Irama Malaysia Sejati meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Pemergian komposer yang terkenal dengan lagu Irama Malaysia, Datuk Suhaimi Mohd Zain atau lebih mesra disapa Pak Ngah, 60, disifatkan anak didiknya sebagai kehilangan besar buat industri muzik, khususnya muzik tradisional. Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza, mengakui cukup terkesan dengan berita duka itu kerana jasa dicurahkan Allahyarham cukup besar, terutama dalam memperjuang dan memartabatkan seni serta budaya. “Pak Ngah yang Siti kenali adalah seorang pejuang seni dan budaya, justeru pemergiannya satu kehilangan besar buat industri terbabit. “Allahyarham antara insan yang mula-mula menjaga Siti dalam menyanyikan lagu berirama tradisional. Malah, Siti sudah menganggap beliau seperti bapa sendiri. “Beliau banyak menghasilkan lagu terbaik dan harapan Siti semoga karyanya akan terus hidup meskipun dirinya sudah tiada. Segala kenangan manis, gurau sendanya akan Siti simpan dalam lipatan kenangan sampai bila-bila,” katanya kepada BH Online. Turut ber...

Dato' Siti Kalahkan Avril Lavinge

Single baharu Datuk Seri Siti Nurhaliza, Anta Permana, yang dilancarkan di iTunes, tengah malam tadi, berjaya mengetepikan lagu Head Above Water nyanyian Avril Lavigne hanya dalam tempoh sejam untuk menguasai carta nombor satu jualan tertinggi di negara ini menerusi platform digital itu. Siti berkata, lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong yang turut menjadi sohor kini itu diharap terus mampu melangkaui sempadan dengan diterima semua pendengar di serata pelosok tempat. "Saya bersyukur dan berterima kasih kepada semua peminat yang melanggan lagu ini sejak tengah malam tadi, sekali gus menjadikan tanda pagar Anta Permana ‘trending’ di laman sosial. "Kebiasaannya, carta jualan lagu dalam keempat-empat medium, termasuk Spotify, KKBox dan Joox, sentiasa turun naik, malah karya baharu yang dilancarkan juga kerap mendapat langganan tinggi. "Siapalah saya jika hendak dibandingkan dengan Avril, tetapi saya yakin muzik itu bersifat sejagat dan akan bergerak sendiri tan...