KUALA LUMPUR: Pemergian komposer yang terkenal dengan lagu Irama Malaysia, Datuk Suhaimi Mohd Zain atau lebih mesra disapa Pak Ngah, 60, disifatkan anak didiknya sebagai kehilangan besar buat industri muzik, khususnya muzik tradisional. Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza, mengakui cukup terkesan dengan berita duka itu kerana jasa dicurahkan Allahyarham cukup besar, terutama dalam memperjuang dan memartabatkan seni serta budaya. “Pak Ngah yang Siti kenali adalah seorang pejuang seni dan budaya, justeru pemergiannya satu kehilangan besar buat industri terbabit. “Allahyarham antara insan yang mula-mula menjaga Siti dalam menyanyikan lagu berirama tradisional. Malah, Siti sudah menganggap beliau seperti bapa sendiri. “Beliau banyak menghasilkan lagu terbaik dan harapan Siti semoga karyanya akan terus hidup meskipun dirinya sudah tiada. Segala kenangan manis, gurau sendanya akan Siti simpan dalam lipatan kenangan sampai bila-bila,” katanya kepada BH Online. Turut ber...


Comments
Post a Comment